salam semua..hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang aktiviti low rope course yang telah kami lakukan semasa di final camp tempoh hari...=)..setelah selesai membuat laporan pada pagi itu,kami pun bersiap sedia dengan peralatan2 yang perlu digunakan seperti tali kernmantel,tayar,glove,tangga,guni,tali rafia dan parang..setelah semua peralatan lengkap,,kami pun memulakan perjalanan kami untuk pergi ke kawasan aktviti...
masa kami sampai di sana,,terdapat beberapa jenis element yang telah siap dibuat,,walau bagaimanapun,kami tetap perlu membuat satu element tali selain daripada yang telah disediakan..jadi,kami pun telah memilih untuk membuat SWINGING TYRES....setelah diberi arahan,kami diberi masa selama 30minit sahaja untuk menyiapkan kesemua jenis tali..aduhai,,dahla amatur bab2 tali nih..tapi nasib baik ingat lagi nak wat ikatan...kalau tidak,kantoilaa...=)..bila dah siap,semua pun tidak sabar lah kan untuk memulakan aktiviti...=)..pasangan pertama sekali ialah afiq dan rafi..fuhh,,tengok mereka macam senang je..takut jugak kalau jatuh..tapi nasib baiklah ada orang mengawasi pergerakan kami...bila sampai nya giliran saya pula,,saya telah berpasangan dengan rozella..semas sedang melakukan element wine woozy,rozella telah terjatuh ke tanah...

roPe couRse~

salam semua...kali ini pula saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa melakukan aktiviti low rope course di final camP tempoh hari....=).aktiviti ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada individu dan semangat sepasukan yang

~bermulalah aktiviti rotAtioN~

hye semua..
kali ini saya nak cerita tentang aktiviti yang pertama sekali kumpulan kami lakukan semasa final camp tempoh hari...=)..kalau semua nak tahu,,first2 sahaja kami dah kena buat aktiviti camp craft dan mountain biking...aduhai~memang banyak lah kan kerja nak kene buat masa camp craft tu kan,..mama tidak nya,pada masa itu,khemah dapur dan khemah peralatan pun tidak siap lagi...haA...dengan khemah pusat nya kotor...hurmmm..memang xboleh nak kata apa lah kan...cuba lah anda semua bayangkan betapa banyaknya kerja yang kami kena buat...dusShhh~....waktu yang diberikan untuk menyiapkan kerja pula singkat,,lagi tak tentu arah lah kami..huh...antaranya,kami kena susun balik peralatan dan bahan masakan...pasang flysheet khemah pusat,mop,dan macam2 lagi lah...memang letih sangat2 lah masa tu...=(..lepas tu pula,kami kene pergi untuk buat mountain biking..alahai~ini lagi lah memerlukan tenaga yang banyak...mula2 je da kene naik bukit..haha,,saya xlepas pun,,awal2 lagi dah tolak basikal..kantoi je..=)
tapi lepas tu cuba jugak lah kayuh...masa tengah berbasikal tuh,saya duduk dihadapan sekali,,tiba2 saya terdengar bunyi seperti basikal yang tidak dapat dikawal..dah la waktu tu ngah turun bukit...rupa2nya basikal iz brek nya sudah rosak...nasib baik tak berlaku apa2 yang tidak diingini...tapi sempat jugak lah tengok izz buat skill masa tuh...cewah,..?!hahaha....tapi,yang paling adventure sekali ialah masa kami melalui kawasan hutan,,dah la baru lepas hujan,hari pun sudah semakin gelap...laluan yang kami perlu lalui sangat sempit dan licin...aduh,takut ada,cuak pun ada...tp,walau bagaimana pun,alhamdulillah..semua nya selamat sampai dan kembali pulang....=)..

>di rendAm kesejukAn~

huhu,,aktiviti rotation belum pun bermula tapi kami semua dah pun kena denda,,aduhai,malangnya nasib kami pada masa tuh..=(kejadian itu berlaku dalam kira2 pukul 3 pagi kot..tahla,kami xdibenarkan untuk memakai jam pun..hehe...sebenarnya pada masa ini semua peserta telah pun dibenarkan untuk tidur,,siapa yang bertugas untuk sentry,meneruskan tugasan mereka lah kan..kumpulan saya boleh la tidur dulu sebab belum masa untuk kami sentry lg..baru je nak tidur tiba2 kami dikejutkan untuk turun dan berkumpul dihadapan kolam..aduh~dah la baru nak dapat rehat,sekali kene panggil pulak..memang dah agak dah,mesti ader yang tak kena ni..memang tepat lah sangkaan ku...kami didenda...=(sebab ada diantara rakan kami telah pergi ke tandas tanpa kebenaran..jadi kami pun disuruh untuk ambil PFD dan masuk ke dalam kolam...uwaAaAaa....sejuk sangat2 masa tuh...nak xnak terpaksa lah kan..lame lah jugak kene rendam dalam tuh...tapi kami x salahkan mereka pun,mungkin mereka dah tak tahan sangat kot nak buang air..kesian mereka kan..
hope kawan2 yang lain pun xkesa lah..huhuhu...tapi best jugak masa tuh..jadi kenangan manis untuk kami semua....yang paling ku ingat skali masa mereka yang bersalah tuh kene tanya kami,"kawan2,sejuk ke tak..??"pastu gelakkan kam i.."hahaha..."huhu...sebenarnya mereka pun xsmpai hati nak ckp camtu..kan3...=)..tapi xpela,semoga menjadi kenangan terindah dalam hidup kita~

1st day di final camp..~camP craft~

huRm...final camp kami telah berlangsung di janda baik,Pahang...disitu lah pahit manis kehidupan kami selama seminggu yang lepas...=)..perjalanan kami ke sana seawal 9.00 pagi..dan kami tiba disana lebih kurang dalam pukul 12...pada masa itu cuaca pula sangat panas..aduhai,smpai mata pun xboley nak bukak..huhu..tapi kene lah kuatkan diri kan..tanpa berlengah lg,kami pun terus keLuarkan barang2 peralatan dari dalam lori...pembahagian kerja telah pun dibuat,jadi,semua pun bergerak untuk melakukan tugas masing2..tapi,mula2 skali,kami perlu membersihkan kawasan tapak perkhemahan...huhh,penuhnya dengan lalang!!nak xnk,terpaksa lah kami menebasnya..susah jugak sbenarnya nak pergi camping ni..banyak benda perlu dibuat..disana,perlu menyediakan khemah pusat,khemah dapur,khemah peralatan,khemah penempatan,tandas dan macam2 lg la..kami telah cuba sedaya upaya untuk siapkan semuanya pada hari itu juga tapi tidak kesampaian..=(..yela,bila dah nak siap,ada sahaja yang tidak betul,jadi kena lah tukar balik kepada cara dan kedudukan yang sesuai..nak xnak,sampai ke malam lah kami meneruskan aktiviti camp craft kami..memang mencabar sangat2 masa tuh..dengan hujan lebatnya lagi...aduhai...Tuhan sahaja lah yang tahu..

berakhiRnya finAL caMp...

sAlam semua...hope anda semua sihat2 selalu..sudah lama rasanya tidak menulis di ruangan ini..maklumlah,kebelakangan ini sibuk sedikit dengan aktiviti final camp kami..tapi syukur alhamdulillah,akhirnya selesai sudah kesemuanya...=)..penat masih lagi ada tapi tidak boleh la dimanjakan sangat kan..banyak lagi yang harus dikejarkan...kalau nak berkongsi cerita pasal final camp memang banyak sangat2...ada yang suka,ada yang duka...tapi biasalah,lumrah kehidupan...ape2 pun semuanya selamat..itu sahaja lah yang diharapkan selama ini...kalau nak tahu cerita tentang final camp kami..tunggulah susulan yang selanjutnya...=)..rindu sangat2 kat ahli kumpulan tasik raban!!(kumpulanku)..huhu.....

lepas dari azab test!huhu..=)

salam..=)alhamdulillah syukur..akhirnya selesai juga aku menjawab test pada hari ini..fuhh,,lepas ini dapatlah aku rehatkan minda sekejap..sekejap pun jadilah..mana tidaknya..sebelum ini,balik kelas jer buku..,sebelum tidur pun buku,bangun tidur pun buku lagi..aduhai~pening kepala dibuatnya..tapi tak pe lah..bersedia sebelum final exam kan..=)..huhuhu..tadi ada test ekonomi,nak tau tak,soalan last skali siap ada teka teki lak tuh..betul2 mencabar..soalan tuh lagi susah dari soalan ekonomi..hak3~buat kantoi jer,,tapi memang menyeronokkan..hahaha...kay la,nanti kita kongsi cerita lagi kay..tata~

>esOk teSt...<


hye everyone..=)hurmmm....esok dah lah ada test tapi buat macam tak ada test pulak kan..huhu..=)bila lah aku nak ada kesedaran ni kan..aduhai..um,xpe2,,malam ni nampaknya aku kena lah bertungkus lumus untuk study..last but not least,kepada rakan2 seperjuanganku,gudluck and all the best for our test tomorrow..go2 chaiyok..!!kepada semua,doakanlah kami ye..chewah..!!mcm ape je kan..huhu..kay la..tata....=)

cheCk barang lagi...=)

saLam....=)hurm,,hari ini kelas gimnastik cancel..huhu..jadi,tanpa melengahkan masa lagi kami terus ke stor untuk check barang..hurm,penat jugak la kan pagi tadi..tapi kalau tak buat bila lagi kan..=)..anda semua nak tahu tak,tadi kami check peralatan khemah..sebelum ini kami telah mengasingkan khemah2 yang elok dan lengkap serta dah siap tulis dah semua khemah2 itu adalah hak kami untuk final camp nanti..mula2 memang dah kira khemah selesai lah kan..tapi kami tetap buat semakan semula semua khemah2 itu..fuhh,nasib kami check balik kerana ada satu atau dua khemah yang sudah rosak..yang peliknya,masa nak simpan barang selepas balik first camp hari tu elok je..tapi sekarang..??hurm..tak pe la..nasib baik kami dah check balik..kalau tidak..bermasalah lah kami di final camp nanti..huh,,selamat...=)..lepas ini kami akan ke stor lagi..siapa yang ada masa datang lah..=)..ok..bye2....

>hari untuk bekerjasama..<

saLam kepada semua...=)hurm..hari ini pagi2 lagi kami dah ada kelas outdoor..tapi kali ini kami hanya belajar dalam kelas sahaja..selalunya kami akan buat paktikal pada hari selasa..ini adalah kerana terdapat sedikit masalah berkaitan dengan aktiviti yang perlu dibuat pada hari ini..tapi tidak mengapa..=)..hari ini kami telah mempelajari tentang topik low rope course..aktiviti ini akan kami lakukan pada final camp kami nanti..insyaallah...sempat lagi aku ambil gambar semasa En.Hisyam sedang memberi penerangan..kami telah pun diberi penerangan tentang apa sebenarnya aktiviti ini,element2 nya dan banyak lagi...hurmm,selepas sahaja kelas tamat,kami tidak terus pulang,tetapi kami perlu bergerak ke stor untuk check peralatan2 yang akan digunakan semasa final camp nanti..setakat ini peralatan masih ada sedikit lagi yang perlu di semak..hope kami semua akan saling bantu membantu dan bertungkus lumus untuk menyiapkan semua kerja ini secepat yang mungkin..all da best for all....=)

>..meeting finaL camp..<

hey semua..=)..hurmm..sekarang ni aku baru je balik dari meeting untuk final camp kami yang akan diadakan pada 14mac sehingga 20mac nanti..fuhh...banyak juga yang telah dibincangkan pada hari ini...Perjumpaan ini bermula pada pukul 10 malam dan disertai oleh beberapa orang anggota PERLU dan para instructor..kami telah diberikan tugas2 dan kumpulan oleh Afiq(selaku Pengarah)untuk membuat check list bagi semua peralatan aktiviti yang terdapat di stor..Selain itu,kami telah diberikan motivasi dan sedikit teguran yang membina daripada salah seorang aggota PERLU..Setelah habis mesyuarat,kami juga telah membuat satu perjumpaan diantara kami untuk memupuk semangat yang tinggi dalam diri masing2 dan sikP kerjasama antara satu sama lain..Teguran2 yang membina telah diberikan kepada semua..harap2 selepas ini semua pun dapat berubah kepada sikap yang lebih baik lagi dari hari ke hari.."semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..esOk lebih baik dari hari ini.."....Amin....

>diperkenalkan kepada Instructor final camp 2009<

haLuUu sume...hari ini first kelas kami ialah kelas BEL260..kalau semua nak tau,pagi2 lagi kami da kene leter dengan Pn.Mastura tentang writing yang kami dah buat pada miggu lepas..aduh,sakit telinga mendengarnya..memang salah kami jugak sebab tak buat eSsay tu dengan betul..Pn.Mastura bukan sengaja nak buat macam tu kat kami tapi untuk kebaikan kami jugak..kalau tak,sampai bila2 pun kami tak maju..kan3..??huhuhu...lepas itu kami ada kuiz subjek ekonomi..nasib baik lah dah study sikit2..selamat lah masa menjawab tadi kan..hehe..tapi,jangan lupa khamis ini ada teSt ekonomi pulak..!!hurm,,pada sebelah petang pula,kami ada kelas outdoor..semasa subjek ini,En.Hisham telah memperkenalkan instructor2 yang akan membantu kami apabila tibanya Final Camp nanti..hope kami dapat saling bantu membantu antara satu sama lain..Insyaallah...=)bagi pengetahuan semua,anngota PERLU tidak dapat bersama2 kami semasa final camp kerana jadual final camp bertindih dengan jadual kelas mereka..tapi kami sangat berharap mereka akan datang menjenguk kami di sana nanti..=(walau apa pun,kami tetap merindui kenangan bersama mereka...thankz PERLU!!

berkAyak!!!

hye sume..ape khabar?hoPe anda semua sihat la kay..maaflah kalo aku terlewat sikit untuk bercerita pasal aktiviti kayak yang telah dilakukan pada minggu lepas..=)huk3~urmm..kami sekelas telah menjalankan aktiviti kayak ini di Taman Tasik Shah Alam..kami telah berkumpul di stor pada pukul 6.30 pagi untuk loading peralatan2 aktiviti yang akan digunakan semasa aktiviti itu..antaranya ialah life jacket,kayak dan paddle..banyak jugak la yang nak kene bawak..huhu..sebelum memulakan aktiviti,kami telah diberi penerangan En.Hisham tentang cara2 berkayak,anatomi kayak,dan juga diperkenalkan tentang bahagian2 yang terdapat pada kayak..selepas itu,kami pun mula turun ke dalam air..mula2 tu takot juga sebab first time kn..tapi lama2 ok daA..=)..huhu..Antara aktiviti yang telah kami lakukan semasa berkayak ialah rafting(berkumpul),dan capsize(terbalikkan kayak)..hurm..takut sangat2 time tuh..tapi lame2 rasa cam best lak..macam nak wat lagi je..haha..=)..last sekali,kami kena kemaskan semula peralatan2 yang telah kami gunakan dan simpan di dalam stor..penat sangat hari tu tapi menyeronokkan..thankz kepada semua yang terlibat..=)..salam..=0