hati ku~

"..Allah jarang beri apa yang kita mahu 
tetapi dia akan beri apa yang terbaik untuk diri kita..insyaAllah..
jadi,terimalah sesuatu yang telah berlaku dalam hidup kita 
dengan seikhlas hati dan menerima seadanya ia..."
"..dan Allah swt juga tidak akan menguji seseorang hamba nya itu 
melebihi dari batasnya.."
-
-
rozyridwan30092011

:.pemergian ummie tercinta.:

Pada pagi Jumaat yang lalu, saya telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada kak ira. Katanya along ada sms yang dia sekarang dalam perjalanan ke hospital. Ada sesuatu telah berlaku pada umie. Sy jadi xsedap hati dan terus menelefon along.

saya: along,kenapa dengan ummie.??apa yang dah jadi?umie kenapa along???
along: alang...mesin oksigen umie dah berhenti..umie kita dah xde lagi..(+_+)..alang jangan nangis ye dekat sane.sekarang ni,alang cepat2 datang hospital tau.along tunggu kat sini ye..

setelah mendengar berita pemergian umie dari along, air mata sy terus mengalir laju, badan seakan-akan lemah dan tidak berdaya.tidak sangka secepat ini umie akan meninggalkan kami semua..Ya Allah ya tuhanku, hanya Engkau saja yang tahu betapa peritnya keadaan yang telah menimpa kami ketika itu.. Tanpa berlengah lagi, saya pun terus bergegas ke hospital. Setelah sy tiba di sana, along berjalan menuju tepat kearah sy dan terus memeluk erat. Dia cuba untuk memujuk dan memenangkan sy memandangkan pada ketika itu sy menangis dalam keadaan yang terlalu sebak. Saya seakan tidak percaya bahawa sy akan kehilangan orang yang paling sy sayang di dunia ini. Tapi, ini semua qada' dan qadar, jadi sy harus menerima semua yang telah berlaku. Umie sy sudah pun siap dibersihkan dan sy diminta untuk masuk bertemunya.Terasa sangat sayu apabila melihat wajah umie pada ketika itu.Sekarang,umie sy telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di Jalan Kuari,Cheras selepas selesai Solat Jumaat.Maha Suci Allah.Muliakanlah umie kami di sana..

umie,
alang  rindu sangat2 dekat umie.rasanya xsempat lagi alang nak balas jasa dan pengorbanan umie pada alang.='(.hurm,umie nak tahu x.sampai skrg ni pun, alang still tak dapat nak sesuaikan diri lg. Asyik teringat je kenangan masa dulu-dulu.masa alang datang jaga umie kat hospital..lapkan badan umie..sikatkan rambut umie..cabutkan uban umie..suapkan makanan dekat umie..sume2 nye lah.rindu sangat2 umie.. walaupun umie masa tu selalu je nak marah2 dekat alang, jerit2 dekat alang,kata alang macam2 sume..tapi alang xkisah pun dengan semua tu, sebab alang boleh faham keadaan umie masa tu.ye.umie,alang sayang umie sangat2 tau.umie jangan pergi jauh dari alang ye.alang nak umie selalu beri kekuatan untuk alang tempuh hidup yg akan datang nanti.ye umie.......

umie,
alang nak mintak maaf kalau selama ni alang banyak buat salah dekat umie,halalkan semua yg telah umie beri pada alang ye.insyaallah,alang akan jage ayah dgn sebaik mungkin untuk umie.='(.semoga umie tenang di sana.

air mata ibu
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu

sebuah kehilangan yang tiada gantinya..Al-fatihah..~

::.student life~

Setelah sekian lama tidak berblogger,rindu pulak rasanya nak menulis kat sini.jum berkongsi cerita!(^_^).Alhamdulillah,,sekarang ni saya sudah pun berada di Uitm,Shah Alam untuk meneruskan semula tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.Fuhh,rasa-rasa nya dah agak lama jugaklah berehat sambil goyang kaki dekat rumah.haha.bile dah masuk belajar ni rasa macam malas pulak nak pergi kelas.asyik nak main-main je dalam kepala ni.ape lah nak jadi dengan saya ni.argghhh..kalau macam ni lah,sampai bila-bila pun tak akan dapat hasil yang terbaik.enough!come on rozy!you need to change your mind set from now!no more MALAS-MALAS okay!.Tanpa permulaan, kita tidak akan sampai ke mana-mana.


saya sayang UITM!
weeewiiitt~