sahabat~

antara cinta dan persahabatan
andainya ku diberi pilihan untuk memilih antara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

cinta
suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya kan merentap kedamaian jiwa
seorg pencinta setia 
tatkala diundang kekecewaan
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang mempunyai hati dan perasaan 

persahabatan
adalah suatu ikatan yg lahir dari hati
keinginan yg ikhlas
bagi berkongsi tangis,tawa,kasih sayang serta keakraban 
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini 

teman yg budiman
mengertilah mksudku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecilku 
sejak perkenalan ini
kita bina tugu persahabatan
yang dipagari besi kedewasaan
yang teguh berdiri megah di hati kita
hanya satu pintaku
agar engkau sentiasa mengingati diriku

~rOzy~

4 Response to "sahabat~"

  1. olie_8 says:
    May 22, 2010 at 11:28 AM

    sahabat sentiase akan ada dan tidak pernah tidak ada untuk kita...
    cinta kdg kala akan di lupakan..tapi jgnla kamu lupa akan cinta kepadaNya..

  2. Anonymous Says:
    May 23, 2010 at 9:35 PM

    tapi saya ade kedua2 nye..
    huhu.. jgn jelesss...
    wee

  3. rOzy says:
    May 31, 2010 at 8:51 AM

    olie: thnkz ea..~~

    jal: eleyh,,
    ku xheran pun laa..
    ku xmgejar kedua-duanya.....

  4. Anonymous Says:
    June 5, 2010 at 1:21 AM

    huhu... ala.. esok luse die dtg golek2 kt kau... huhu