-->..oh abseiling!!!

hye sume...sihat tak ..?hope sume ok je la ea...hari ini aku nak cerita pasal abseiling yg kami sekelas lakukan pada hari selasa lepas..ini lah antara barang2 yang telah digunakan semasa melakukan aktiviti ini..contohnya kern mantle ropes,harness,carabiner,figure eight,helmet,ascenders,rope bag dan banyak lagi..tengok la gambar barang2 kat bawah ni..=)

sebelum memulakan aktiviti ni..rasa gemuruh,takut dan gementar tu memang ada la kan tapi..bila dah lakukan tu rasa macam best pulak..hahaha...ni la model abseiling kelas kami..hehe..aktiviti ini dapat mengatasi ketakutan yang ada dalam diri kita..selain itu,kita juga dapat memberi keyakinan yang tinggi terhadap diri kita sendiri...=)..ini adalah pengalaman yang baru dan sangat menyeronokkan dalam hidup kami..hope semua dapat menggunakan pengalaman ini dengan sebaik mungkin..~lalalalalalala~

>firSt camP..<

haLuUu kawan2..=)..da lame rasanya xpublish blog...ini je lah peluang yang ada untuk hantar blog..nasib baik bawa laptop ke kelas hari ni..hurm..hari ni aku nak cerita tentang first camp yang dah aku lalui pada 7 feb lalu..huhu...nama camp kami ialah Wonder Camp 2009..cewah..!cam wonder pet lak kn..tpapi bukan tau..~lalalalala~camp kami telah pun berjalan dengan lancarnya..seronok sangat2...tapi letih la kan lepas je balik dari camp tu..hehe..walaupun penat,aku tetap puas hati sebab matlamat aku untuk melakukan aktiviti2 tu telah pun berjaya...yahuu...antara aktiviti2 yang ada semasa first camp tu ialah navigation,orienteering,blind trail,dan camp craft.First2 datang je da kene dirikan khemah pusat,khemah dapur,khemah peralatan dan khemah2 peserta...tengok la..semua pun bekerja keras untuk siapkan khemah..=)
first aktiviti yg kumpulan aku buat ialah orienteering..memang mencabar sangat2...kumpulan aku je yang buat 10 checkpoint..kumpulan lain buat 5 checkpoint je...tp xpela...kami dapat lebih pengalaman..huhuhu......lepas itu kami wat aktiviti navigation..time ni pula kumpulan kami tak dapat habiskan pencarian kami sebab riben yang diletakkan tidak dijumpai...habis ke merata tempat kami cari tapi tak jumpa juga..mungkin nasib kami lah kot..tapi sekurang-kurangnya kami da cuba yang terbaik...huhu...=)..keesokkan harinya kami wat aktiviti camp craft..kami kemas khemah pusat,khemah peralatan,khemah peserta dan juga memasak..akhir sekali,kami wat aktiviti blind trail..tengok tu kawan2 aku..comot kan..=)..hahaha...lepas je habis semua aktiviti kami pun bersiap sedia pulang...aku dapat banyak faedah semasa menyertai first camp ini..antaranya ialah aku dapat berdikari,memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain,mendisplinkan diri,dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada....hurm..=)..kay la...ni pun da banyak da aku tulis,,lastly,aku nak ucapkan terima kasih kepada semua fasi kerana telah membantu kami dalam menjayakan first camp ini...tidak lupa juga kepada semua yang terlibat,thankz to all of you.....=)

>meeting untuk firSt camp..<

haLuu...hurmm..Semalam lepas kelas outdoor,kami satu kelas pergi ke stor untuk sambung kerja2 yang tak selesai lagi untuk first camp kami..tapi malangnya,abang yang pegang kunci stor tu tak dapat dihubungi...so,tak dapat lah kami nak buat apa2 pun..=(..tapi nasib baik ada meeting dengan fasilitator..so,sekurang2nya kami dapat berkongsi masalah2 yang belum diselesaikan lg dengan mereka..ni lah di antara fasi yang akan join first camp nnt..=)hurm..kami pun tekun la mendengar apa yg kakak2 fasi tu bgtau pada masa itu..~lalalalalalala~perjumpaan tu habis dalam pukul 6.30..so,disebabkan tadi tak dapat nak wat kerja2 kat stor,esok kami akan ke sana lg sehingga lah kerja2 tu selesai...doakan kami yeaAa...tarra~

>..hari ini dan semaLam..<

hye sume2....hurm...chaT ke x..??hoPe sume ok je..=)..huhu..hari ini dan semalam..??hurmm..meh sini nak kongsi cerita..=)..semalam,ada sambutan hari wilayah kat Taman Tasik Titiwangsa..terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan..Contohnya,bola jaring,bola keranjang,takraw dan banyak lagi..So,team aku ni sertailah pertaandingan bola jaring yang telah dianjurkan pada hari itu..Pagi2 lagi kami dah datang kat Titiwangsa tu untuk bersiap sedia..tiba2,pengurus kami kata kami tak boleh nak sertai pertandingan itu..padahal kami dah ikut peraturan2 yang telah ditetapkn..kalau semua nak tau sebab pe pihak penganjur tuh wat camtuh..???sebab diorang nak menang time hari tuh..yela,cuba korang fikir,,takkanlah dorang nak kalah kan..dah la penganjur games tu..huhh..?!?!tah pape tah kan..disebabkan itu,kami tak dapat nak join tournament tuh..=(..tak fair kan..!!!le[as tu kami terpaksa lah balik je...nak tunggu lagi pun dah tak ada gunanya..malangnya nasib aku semalam..tapi aku redha je..biarlah...kan3...=)..~lalalalalala~


untuk hari ini pula,aku dah belajar satu benda baru time kelas outdoor td..huhu..aku belajar pasal orienteering..=)..sekarang ni aku dapat tau la aktiviti2 dalam orienteering..sebelum ni pon aku just pernah dengar je nama tu..tapi kali ni aku da pun dapat belajar sume tu..hooray...orienteering ni cam best je..nanti time kite nak wat aktiviti tu,kite akan gunakan kompas,peta dan macam2 lagi la..nnt kene fokus betul2 time nak wat benda ni sebab if kite xfokus,tah kemana la kite akan sesat nnt..aiyoOk...hahaha..sok pun ader kelas outdoor lg..continue lebih mendalam lg tentang subject orienteering ni..so,esOk lg banyak info yg aku boleh dapat..hope aku dapat praktikkan time pergi camping nnt..huhuu...kayLa..dah panjang lebar dah ni..nanti kite cite2 lg kay..salam....